Memantapkan Kualiti Hidup Berkeluarga

Akademi Jahitan

Image

Akademi Jahitan Terengganu melatih belia lepasan sekolah mengikuti kursus jahitan selama lapan bulan dengan tujuan melahirkan tenaga mahir yang mampu berdikari dengan sijil yang diiktiraf disamping mengurangkan pengangguran.

Image

Objektif

  • Melatih para belia/beliawanis lepasan sekolah yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tinggi dalam bidang jahitan.

  • Berusaha mengurangkan pengangguran dikalangan belia/beliawanis terutama yang tinggal di luar bandar.

  • Mengeluarkan tenaga mahir dalam bidang jahitan dan yang boleh berdikari.

  • Menyediakan tukang-tukang jahit bagi membantu pengusaha-pengusaha tukang jahir bumiputra yang sedia ada.

Pelaksanaan

  • Latihan dijalankan selama 8 bulan melibatkan 8 buah Akademi Jahitan di seluruh negeri Terengganu.

  • Terbuka kepada semua belia dan beliawanis di Negeri terengganu.

  • Syarat minima adalah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keutamaan diberikan kepada anak-anak berpendatan rendah.

  • Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) Tahap 2 dan 3 pakaian wanita dan lelaki dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia, Kementerian Sumber Manusia.
Image

Talian Pertanyaan

+609 624 9355

Sorotan Perkhidmatan

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,

Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.