
Program ini merupakan inisiatif formal bagi memperkukuh tanggungjawab remaja melalui Modul Sakinah yang interaktif di mana ibu bapa membimbing anak-anak menempuh cabaran hidup serta mewujudkan komunikasi keluarga yang lebih berkesan.
Latar Belakang
Secara umumnya kebanyakkan anak-anak mengetahui tanda-tanda samada dia sudah baligh atau belum baligh, tetapi berapa ramai dikalangan mereka mereka yang tahu apakah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh mereka.
Ada dikalangan ibubapa mengambil sikap mudah dalam menerangkan keperluan tanggunjawab yang perlu dipikul oleh anak-anak mereka secara tidak formal dan beranggapan perkara ini suatu kebiasaan.
Melalui program ini “ penyerahan tanggungjawab / taklif” ini dibuat secara formal dan lebih menimbulkan rasa sikap keperihatinan dalam melaksanakan penyerahan ini di antara ibubapa dan anak-anak mereka.
Objektif
- Membantu ibubapa mewujudkan komunikasi, hubungan berkesan dan persefahaman di antara anak-anak.
- Memberi kesedaran kepada ibubapa tentang kepentingan tanggungjawab dalam membimbing anak-anak dalam menempuh cabaran hidup.
- Melaksanakan aktiviti penyerahan tanggungjawab ibubapa yang mencapai umur peringkat akhil baligh

Kumpulan Sasar
Remaja & Ibubapa

Tempoh Program
1/2 hari













