
Program inisiatif komprehensif untuk memperkasakan jati diri golongan ibu tunggal di Terengganu melalui sokongan ekonomi, perundangan, bimbingan kesihatan dan membantu mereka menjaga kebajikan dalam membina kualiti kehidupan.
PENGENALAN IBU TUNGGAL
Ibu tunggal ialah wanita yang memikul tanggungjawab membesarkan, menjaga dan menyara anak-anak tanpa kehadiran pasangan sebagai sumber sokongan utama, sama ada disebabkan perceraian, kematian suami, perpisahan atau keadaan tertentu yang menyebabkan wanita tersebut menjadi ketua keluarga.
Berdasarkan takrifan yang digunakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), terdapat 3 kategori utama ibu tunggal di Malaysia.
Balu, bercerai atau berpisah tetap
Wanita yang menjadi ketua isi rumah, berstatus balu atau telah bercerai/berpisah secara tetap serta mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.
Suami tidak berupaya bekerja
Wanita yang menjadi ketua isi rumah dan masih mempunyai suami yang tidak sihat serta tidak berkemampuan untuk bekerja, dengan anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.
Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak
Wanita yang menjadi ketua isi rumah, tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak, sama ada anak angkat atau anak tidak sah taraf.
KELAB IBU TUNGGAL YPKT
Kelab Ibu Tunggal YPKT ditubuhkan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan pelaksanaan program dan penyampaian perkhidmatan kepada ibu tunggal dilaksanakan secara lebih berkesan, tersusun dan menyeluruh di seluruh Negeri Terengganu. Penubuhan kelab ini bertujuan untuk :
Menjadi platform penyampaian maklumat, bimbingan, dialog dan jaringan sokongan kepada ahli.
Meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kepimpinan dan kesedaran melalui pelbagai program pembangunan.
Memperkasa taraf sosioekonomi ibu tunggal melalui latihan, keusahawanan, peluang pekerjaan dan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi.
OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB
Memberdayakan Ibu Tunggal: Memastikan program-program yang dilaksanakan dapat di akses oleh semua Ibu Tunggal seluruh negeri.
Memperkasa potensi ibu tunggal agar menjadi individu yang berdaya saing, berdikari, berpengetahuan dan berkeyakinan dalam meningkatkan kualiti hidup.
Meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi ibu tunggal melalui program pembangunan kapasiti, latihan kemahiran dan keusahawanan.
Mengukuhkan jaringan kerjasama antara Kelab Ibu Tunggal, YPKT, agensi kerajaan, sektor swasta dan komuniti bagi memperluaskan peluang pembangunan serta kebajikan ahli.
PROGRAM UNTUK IBU TUNGGAL
Bengkel Latihan & Kemahiran
Memberi pendedahan kemahiran praktikal dan latihan untuk meningkatkan kebolehan serta peluang menjana pendapatan.
Kursus Bimbingan Perundangan
Memberi pengetahuan dan bimbingan berkaitan hak, undang-undang keluarga, nafkah, hak jagaan anak dan isu perundangan lain.
Program Bimbingan Pengukuhan Keluarga Tunggal
Menyediakan sokongan emosi. motivasi dan bimbingan kaunseling untuk mengukuhkan kesejahteraan diri serta hubungan ibu dan anak.
Lawatan Pendayaan Kepimpinan Ibu Tunggal
Melahirkan pemimpin tunggal yang berkeyakinan, berkemahiran dan mampu memimpin komuniti ke arah perubahan positif.
Bengkel Pengurusan & Pemerkasaan Kelab
Meningkatkan keupayaan pengurusan kelab melalui latihan pengurusan kewangan, perancangan program, komunikasi dan jaringan kolaborasi.
Kolaborasi Strategik YPKT & Agensi
Menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan dan rakan strategik bagi menyediakan latihan, bantuan, khidmat sokongan serta peluang pembangunan yang menyeluruh kepada ibu tunggal.
Pegawai Bertanggungjawab

Umi Mukminah binti Sapingi @ Shafie
09-6249355
Broser Ibu Tunggal
Pendaftaran Ibu Tunggal














