Memantapkan Kualiti Hidup Berkeluarga

Keluarga Jannah

Image

Program ini merupakan inisiatif pemantapan keluarga buat pasangan yang berkahwin bawah lima tahun yang bertujuan mendedahkan teknik keibubapaan serta pengurusan kasih sayang demi membina kemantapan institusi kekeluargaan.

Latar Belakang

Satu program pengurusan kasih sayang dan pemantapan keluarga melalui hubungan intim suami isteri. Program pendidikan dan panduan kekeluargaan berbentuk bengkel, simulasi, ceramah interaktif dan sesi soal jawab.

Objektif

  • Memberi kesedaran / motivasi tentang tanggungjawab / peranan ibubapa yang sebenar bagi mewujudkan sebuah keluarga bahagia.

  • Memberi pendedahan teknik dan kemahiran keibubapaan dalam menguruskan soal-soal kehidupan rumahtangga.

  • Meningkatkan dan memantapkan institusi keluarga ke arah menyumbang pencapaian yang cemerlang dalam pembangunan masyarakat dan negara.

Sinopsis Program

Program kemahiran keibubapaan adalah merupakan satu program teras kepada bahagian pembangunan keluarga bagi mewujudkan sebuah institusi keluarga yang cemerlang dan bahagia.

Ibubapa terlebih dahulu perlu memainkan peranan dan tanggungjawab mereka selaku ketua dan pemimpin keluarga. Pelbagai program dan aktiviti disedia dan direkabentuk dalam bentuk kursus, seminar, forum perdana dan dialog keluarga kepada kumpulan sasar terlibat.

Image

Kumpulan Sasar

Pasangan yang usia perkahwinan bawah 5 tahun

Tempoh Program

Berlangsung selama 1 hari

Image

Program

2nd Honeymoon

2nd Honeymoon

Walimatulurus Perdana

Walimatulurus Perdana

Semarak Kasih

Semarak Kasih

Sorotan Perkhidmatan

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,

Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.