
Peranan dan tanggungjawab YPKT merangkumi asuhan kanak-kanak, kaunseling, latihan, kemudahan perumahan sementara, serta bantuan pinjaman modal.
Menyediakan pusat perkhidmatan penjagaan, pengasuhan dan perkembangan awal kanak-kanak.
Mengenalpasti isu dan masalah kekeluargaan dan melaksanakan langkah pencegahan, pemulihan dan peneguhan.
Menjalankan kajian, penyelidikan dan pengumpulan data maklumat pembangunan keluarga.
Menyediakan khidmat bimbingan dan kaunseling.
Mengendalikan aktiviti-aktiviti pemantapan keluarga selaras dengan keperluan rakyat.
Memberi pendedahan dan latihan bagi mempertingkatkan ilmu dan kemahiran kepada ahli keluarga / masyarakat.
Menyediakan kemudahan tempat tinggal sementara bagi golongan yang berpendapatan rendah sebelum memperolehi tempat tinggal yang kekal / sendiri.
Menyediakan pinjaman modal dan kemudahan untuk meningkatkan pendapatan bagi keluarga berpendapatan rendah.














