Ahad-Khamis : 08:00-05:00

Pilih bahasa anda

Jodoh Darul Iman

Image

Sebuah aplikasi platform maya yang membantu rakyat Terengganu yang bujang, ibu tunggal, serta bapa tunggal mencari jodoh atau calon pasangan hidup yang bersesuaian demi membina institusi keluarga yang harmoni.

Pengenalan

Aplikasi ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada golongan yang belum berkahwin untuk mendapatkan jodoh dengan mudah dan bersesuaian secara maya.

Apa Itu Portal Jodoh Darul Iman

  • Sebuah platform rasmi pencarian jodoh atas talian, dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), bagi membantu belia Muslim mencari pasangan hidup dengan cara yang halal, selamat dan terhormat.

Kenapa Portal Jodoh Darul Iman?

  • Menyediakan platform pencarian jodoh yang mudah, selamat dan patuh syariah secara atas talian.

    Membantu rakyat Terengganu membina institusi Keluarga yang diimpikan secara terpadu.

    Mengurangkan masalah kelewatan berkahwin dan bujang berterusan

    Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perkahwinan dalam Islam dan sunnah Nabi SAW.

    Menyokong dasar kerajaan negeri dalam memperkukuh institusi kekeluargaan dan sosial yang sejahtera.

Ciri-Ciri Utama Portal

  • Taaruf secara syarie

    Data dijamin selamat dan sulit

    Tiada perbualan bebas antara peserta

    Boleh mohon sesi pertemuan rasmi bersama keluarga

    Sesi saringan psikologi & peribadi (jika perlu)

Tujuan

  • Memberi peluang kepada golongan yang belum berkahwin untuk mendapatkan jodoh dengan mudah.

  • Menolong golongan yang berkeinginan untuk berkahwin bagi mendapatkan pilihan calon yang memenuhi kriteria kedua belah

  • Mencipta suasana yang selesa di antara generasi muda yang ingin memulakan penghidupan

Syarat Penyertaan

  • Rakyat Negeri Terengganu lelaki mahupun perempuan yang berumur 18 tahun dan ke atas

  • Rakyat Negeri Terengganu yang belum berkahwin atau ibu / bapa tunggal yang berhasrat mencari jodoh

  • Lelaki & wanita muslim warganegara Malaysia

  • Bagi yang belum berkahwin, perkahwinan adalah untuk kali pertama sahaja dan bukan untuk tujuan berpoligami

  • Ibu Tunggal atau Bapa Tunggal dalam kalangan rakyat negeri Terengganu sahaja boleh menyertai aplikasi ini dan berminat mencari jodoh.

Pegawai
Bertanggungjawab

Image

Nur Razwa binti Salleh

Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.

09-6249355

Sorotan Perkhidmatan

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,

Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.