Memantapkan Kualiti Hidup Berkeluarga

Tujuan Penubuhan

Image

Matlamat utama penubuhan YPKT meliputi penyediaan kemudahan, rujukan sokongan, latihan keibubapaan, kajian, serta pemerkasaan institusi kekeluargaan.

Mewujudkan sumber-sumber dan kemudahan yang masih belum wujud atau yang masih belum mencukupi.

Membantu individu yang bermasalah untuk mendapatkan pertolongan melalui system rujukan dengan agensi-agensi / sumber kepakaran yang sesuai.

Menyebarkan maklumat tentang isu-isu kekeluargaan untuk meningkatkan kesedaran dikalangan anggota masyarakat melalui media massa.

Menyediakan kursus-kursus, menyebarkan pengetahuan dan kemahiran di dalam pengurusan keluarga dan aspek keibubapaan.

Meningkatkan kesedaran tentang isu-isu kekeluargaan melalui persidangan seminar dan bengkel.

Mengemukakan cadangan dan saranan kepada kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan mutu kehidupan berkeluarga.

Menjalankan kajian tentang aspek-aspek kekeluargaan serta mengumpulkan maklumat bagi menyokong usaha perancangan, pelaksanaan dan penilaian kegiatan.

Memupuk dan menggalakkan usaha ke arah amalan konsep kekeluargaan dalam organisasi, jabatan dan institusi.

Sorotan Perkhidmatan

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,

Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.