Ahad-Khamis : 08:00-05:00

Pilih bahasa anda

Cakna Warga Emas

Image

Program Kelab Emas di setiap DUN khusus untuk memperdayakan potensi warga emas agar terus aktif, sihat, dan produktif disamping menyediakan aktiviti kerohanian, saringan kesihatan serta bimbingan kehidupan.

PENGENALAN WARGA EMAS

Warga emas merujuk kepada individu yang berumur 60 tahun dan ke atas, selaras dengan takrifan yang digunakan dalam dasar warga emas di Malaysia. Golongan ini merupakan sebahagian daripada masyarakat yang mempunyai pengalaman hidup, pengetahuan dan kemahiran yang bernilai serta berhak menikmati kehidupan yang sejahtera, dihormati dan berkualiti.

PROGRAM WARGA EMAS YPKT

Program Warga Emas YPKT merupakan inisiatif untuk memperkasa warga emas melalui aktiviti pembangunan diri, kesihatan, kerohanian dan sosial agar mereka terus aktif, berdikari serta menikmati kehidupan yang berkualiti dan sejahtera.

KELAB WARGA EMAS YPKT

Ditubuhkan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu untuk menggerakkan program bagi warga emas, memastikan mereka sihat, aktif dan produktif. Ia juga berperanan untuk membimbing warga emas dan menggalakkan mereka menyumbang kepada pembangunan negara melalui penyertaan dalam pekerjaan yang menggunakan pengalaman dan kemahiran mereka.

OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB

1

Meningkatkan kualiti hidup warga emas melalui program pembangunan diri, kesihatan, kerohanian dan kesejahteraan.

2

Memperkasa warga emas agar terus aktif, produktif dan mampu menyumbang pengalaman serta kepakaran kepada masyarakat bagi mengeratkan hubungan antara generasi.

3

Mewujudkan suasana kebersamaan bagi mengeratkan hubungan kemesraan, kasih sayang dan bertanggungjawab antara individu, keluarga dan masyarakat.

4

Mengadakan aktiviti lapangan bagi warga emas untuk menimba pengalaman luar.

5

Untuk meningkatkan ilmu agama serta memupuk nilai murni.

PROGRAM UNTUK WARGA EMAS

1

Program Kesejahteraan Warga Emas

Program yang memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga emas melalui aktiviti senaman ringan, pemeriksaan kesihatan dan ceramah kesihatan bagi meningkatkan tahap kesihatan serta kesejahteraan hidup.

2

Program Bimbingan Pakar (Pemakanan / Penuaan Sejahtera)

Bimbingan secara langsung dan bersemuka bersama pakar dalam bidang psikologi, fisioterapi dan dietetik bagi meningkatkan kesedaran serta pengetahuan warga emas mengenai penjagaan kesihatan, pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan keperluan usia ke arah penuaan sejahtera dan peningkatan kualiti hidup.

3

Program Intergenerasi

Program yang menggalakkan perkongsian ilmu, kemahiran tradisional dan pengalaman warga emas kepada generasi muda bagi memelihara warisan budaya serta mengeratkan hubungan antara generasi.

4

Program Pemantapan dan Pengukuhan Nilai Diri

Program yang memberi penekanan kepada peningkatan motivasi, pembentukan sahsiah positif dan pengukuhan keyakinan diri warga emas agar terus aktif, berdikari serta menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.

Pegawai
Bertanggungjawab

Image

Umi Mukminah binti Sapingi @ Shafie

Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.

09-6249355

Sorotan Perkhidmatan

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,

Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.