Ahad-Khamis : 08:00-05:00

Pilih bahasa anda

Perutusan Pengarah

Image

YPKT menekankan pembudayaan teknologi maklumat dan pemerkasaan modal insan berkualiti demi memacu kecemerlangan serta kegemilangan organisasi.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat menuntut setiap organisasi untuk terus berinovasi, memperkukuh keupayaan serta menyesuaikan diri dengan perubahan semasa. Sebagai sebuah agensi di bawah Kerajaan Negeri Terengganu, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) komited untuk terus memperkukuh peranannya dalam melahirkan modal insan yang berkualiti, sekali gus menyumbang kepada pembangunan keluarga dan kesejahteraan masyarakat serta kemajuan negara.

Seiring dengan usaha membudayakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam persekitaran kerja, warga YPKT perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi bagi memenuhi tuntutan perkhidmatan yang semakin dinamik. Pihak pengurusan YPKT akan terus memberi penekanan terhadap pembangunan kapasiti warga kerja di semua peringkat, merangkumi aspek perancangan, penggubalan dasar dan pelaksanaan program. Usaha ini penting bagi membentuk warga kerja yang berpengetahuan, berdaya saing, berintegriti serta mampu melaksanakan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan demi mencapai kecemerlangan organisasi.

Dalam usaha memperkukuh penyampaian maklumat kepada masyarakat, penambahbaikan Laman Web YPKT akan terus diberi perhatian agar kekal relevan, informatif dan mesra pengguna. Laman web ini berperanan sebagai platform utama untuk menyampaikan maklumat berkaitan fungsi, perkhidmatan, program dan aktiviti YPKT, di samping memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini. Pengemaskinian kandungan secara terancang dan berterusan, berserta penyediaan pautan yang bersesuaian, diharapkan dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi serta memperluas capaian maklumat kepada semua lapisan masyarakat.

Akhir kata, semoga segala usaha penambahbaikan yang dilaksanakan secara berterusan dengan mengutamakan kualiti, inovasi dan kecekapan dapat memperkukuh kedudukan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu sebagai sebuah organisasi yang progresif, responsif dan sentiasa komited terhadap tanggungjawabnya. Mudah-mudahan YPKT terus cemerlang dalam melaksanakan amanah demi kesejahteraan keluarga dan masyarakat, seterusnya menjadi kebanggaan seluruh rakyat Terengganu.

Sekian, terima kasih.

Image

Wan Muhd Masyhum bin Wan Harujan

Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.

+609 624 9355

Sorotan Perkhidmatan

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,

Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.