
Program ini menyediakan latihan kemahiran mengurus kediaman secara sistematik buat ibu tunggal dan golongan miskin supaya mereka berpeluang membina kerjaya serta mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing.
Latar Belakang
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dana sebanyak RM1 juta bagi pelaksanaan Program Pengurus Kediaman (Home Manager) melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. Program ini bertujuan membantu golongan B40, ibu tunggal serta belia dan beliawanis yang belum mempunyai pekerjaan untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka. Pada masa yang sama, program ini turut memberi kemudahan kepada majikan yang bekerja, dalam pengurusan serta penjagaan kediaman secara lebih teratur dan profesional.
Pada tahun 2022 tiada lagi peruntukan daripada Kerajaan Negeri Terengganubagi ini. Sumber perbelanjaan pengurusan dan program melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan program Akademi Dalam Industri (ADI).
Objektif
Meningkatkan kemahiran pekerja dalam bidang pengurusan kediaman.
Membantu golongan berpendapatan rendah untuk meningkatkan taraf ekonomi & pendapatan keluarga.
Mengurangkan kebergantungan kepada warga asing dalam kerjaya pengurus kediaman dan melahirkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran & berdisiplin
Mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan wanita & belia serta menjadikan kerjaya Pengurus Kediaman sebagai kerjaya yang profesional dan diterima positif oleh masyarakat.
Tawaran Perkhidmatan
Pengurusan Kediaman
Penjagaan Warga Emas / OKU
Penjagaan Kanak - Kanak / Bayi
Syarat Kelayakan
Terbuka kepada golongan Ibu Tunggal / Isi Rumah Miskin / Belia / Beliawanis yang berminat dan memiliki kriteria seperti berikut :-
Pemohon hendaklah berumur di antara 18 - 45 tahun
Kelulusan pendidikan minima : PMR / SPM / Diploma atau setaraf.
Pemohon hendaklah lulus dalam temuduga dan mengikuti latihan yang dilaksanakan.
Berminat dengan tugas dan faham dengan skop kerja dan boleh bekerja pada waktu fleksibel.
Keutamaan kepada yang mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri.
Sihat dan cergas dari segi fizikal & mental serta lulus pemeriksaan kesihatan.
Kemudahan
Gaji Minima – RM 1,700.00 (Tertakluk kepada perubahan semasa
Hari Bekerja – Ahad sehingga Khamis (Cuti Jumaat & Sabtu)
Waktu Bekerja – 8.00 Pagi Hingga 5.00 Petang
Caruman KWSP, PERKESO & SIP
Cuti tahunan 8 hari, cuti umum 11 hari dan cuti sakit 14 hari
Pakaian Seragam
Perlindungan Insuran Berkelompok
Kemudahan TASKA Permata Keluarga YPKT
Pakej Pengurus Kediaman Kepada Majikan
Harian – 4 Jam (RM100.00) 8 Jam (RM150.00)
Bulanan – RM 2250.00 (Tiada Cuti Tahunan) Max 3 Bulan
Setahun – RM 2250.00 (8 Hari Cuti Tahunan) Deposit 2 Bulan Gaji
Pengurusan
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah melantik Permodalan YPK Sdn Bhd untuk menyediakan modul latihan kepada peserta, serta menguruskan penempatan latihan praktikal dan kerjaya kepada peserta yang telah tamat latihan.
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu akan berperanan merancang, mempromosikan serta membuat pemantauan dan penilaian keberkesanan untuk tujuan penambahbaikan program ini.
Pegawai
Bertanggungjawab

Hajah Zalina binti Mohd
09-6249355
Brosur Jawatan Kosong
Brosur Pakej Perkhidmatan















