Memantapkan Kualiti Hidup Berkeluarga

Desa Keluarga

Image

Desa Keluarga menyediakan sewaan kediaman selesa berlandaskan spesifikasi rumah kos rendah mampu milik buat golongan pekerja berkeluarga serta masyarakat berpendapatan rendah demi membina kehidupan yang sejahtera.

Latar Belakang

Program Desa Keluarga merupakan satu Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi membantu menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa untuk golongan miskin/setinggan/pekerja kilang, pekerja dan penduduk yang menghadapi kesukaran mendapatkan rumah di persekitaran tempat kerja mereka.

Program Desa Keluarga yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dibina untuk menyediakan keadaan persekitaran tempat tinggal yang selesa dengan pelbagai kemudahan asas serta perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan untuk membina kehidupan berkeluarga yang sempurna dan sejahtera.

Unit-unit rumah Desa Keluarga tersebut disediakan untuk disewa dengan kadar berpatutan dan mampu dibayar oleh keluarga miskin dan setinggan yang berpendapatan rendah dan para pekerja dari pelbagai sektor.

Objektif

Objektif Am

  • Menyediakan tempat tinggal yang selesa dan setaraf dari segi jasmani dan rohani kepada para penghuninya yang akan menyumbangkan kepada peningkatan kesejahteraan hidup secara keseluruhan.

Objektif Khas

  • Menyediakan tempat tinggal yang selamat dan selesa kepada golongan berpendapatan rendah.

  • Mengurangkan kos sara hidup para pekerja.

  • Merangsang ke arah peningkatan produktiviti kerja para penghuninya.

  • Memupuk semangat persaudaraan serta nilai-nilai kekeluargaan yang tinggi di kalangan penghuninya.

  • Mengurangkan masalah gejala sosial di kalangan para pekerja terutamanya sektor industri dan perkilangan.

Maklumat Desa

Rekabentuk

  • Kawasan perumahan Desa Keluarga terdiri daripada bangunan rumah lima (5) tingkat.

  • Setiap tingkat mengandungi 4 hingga 10 unit rumah.

  • Saiz rumah adalah mengikut spesifikasi Perumahan Awam Kos Rendah dengan keluasan lantai 560 kaki persegi yang meliputi ruang tamu, 3 bilik tidur, ruang dapur dan 1 bilik air/tandas

Kumpulan Sasar (Penyewa)

  • Golongan pekerja yang telah berkeluarga.

  • Majikan yang mempunyai pekerja-pekerja wanita/lelaki yang belum berumahtangga.

  • Penduduk setinggan yang berkemampuan membayar sewa.

  • Golongan-golongan tertentu yang diluluskan oleh pihak pengurusan dari masa ke semasa

Lokasi

  1. Desa Keluarga Kuala Terengganu,
    Kg. Kubang Ikan,
    21070 Chendering,
    Kuala Terengganu
    Tel : 09-616 3231 / 616 3232
    Faks : 09-616 3230

  2. Desa Keluarga Dungun,
    Kg. Bijangga, 23000 Dungun
    Tel & Faks : 09-845 3228

  3. Desa Keluarga Kemaman,
    Kg. Fikri, 24000 Kemaman
    Tel & Faks : 09-868 3478

Kadar Sewaan

Aras

Desa Kemaman

Desa Dungun

Desa K. Terengganu

Aras 1

RM140

RM140

RM140

Aras 2

RM130

RM130

RM130

Aras 3

RM120

RM120

RM120

Aras 4

RM110

RM110

RM110

Aras 4

RM100

RM100

RM100

Image

Talian Pertanyaan

+609 624 9355

Sorotan Perkhidmatan

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,

Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.