
Objektif Kualiti YPKT menetapkan komitmen piawai dalam perkhidmatan merangkumi kewangan, TASKA, program keluarga, dan kebajikan.
Setiap kakitangan berjawatan tetap perlu menghadiri kursus sekurang-kurangnya 2 hari setahun
Surat yang diterima diedarkan selewat-lewatnya dalam tempoh 2 hari bekerja kepada pegawai yang bertanggungjawab
Prestasi pembekal mencapai tahap 80%
Memastikan keadaan kenderaan dalam keadaan baik dan diselenggara dalam tempoh masa / jarak yang ditetapkan
Memastikan surat permohonan penyelenggaraan diproses dan diangkat untuk kelulusan pengarah selewat-lewatnya dalam masa 14 hari
Mengambil keputusan tindakan ke atas aduan kerosakan peralatan ICT dalam masa 3 hari dari tarikh terima aduan
Semua tuntutan bayaran akan diproses dalam tempoh 14 hari termasuk hari cuti dari tempoh penerimaan invois / tuntutan oleh bahagian kewangan
Memastikan tahap kepuasan hati pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan mencapai 85%
Melengkapkan dan menyiapkan dokumen MS ISO dalam masa 14 hari dari tarikh penyerahan dokumen lengkap dari bahagian
Kanak-kanak TASKA berumur 4 tahun dapat menghafaz Muqaddam 23 surah lazim
Semua kanak-kanak dapat menjalani sekurang-kurangnya 3 aktiviti harian di TASKA
Melaksanakan program-program Pembangunan Keluarga & Komuniti 90% daripada perancangan tahunan semasa
Memastikan 90% pelatih Akademi Jahitan YPKT lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam tempoh setahun
Menyediakan 100 peluang pekerjaan sebagai Home Manager kepada belia / beliawanis dan Ibu Tunggal
Kutipan bayaran balik peserta Program Jaya Diri (PJD) sebanyak 90% dalam masa setahun
Memastikan kutipan sewa bulanan Desa Keluarga di seluruh negeri mencapai kutipan sebanyak 70%
Menyediakan penginapan Desa Keluarga sekurang-kurangnya 800 unit setahun














