Memantapkan Kualiti Hidup Berkeluarga

Piagam Pelanggan

Image

Piagam Pelanggan YPKT menetapkan komitmen piawai dalam perkhidmatan merangkumi kewangan, TASKA, program keluarga, dan kebajikan.

Semua tuntutan bayaran akan diproses dan dibayar dalam tempoh 14 hari masa bekerja dari tempoh penerimaan invois/tuntutan oleh Unit Kewangan.

Anak-anak TASKA yang berumur 3 hingga 4 tahun akan dilatih menghafal Muqaddam (23 surah lazim) dalam tempoh 12 bulan dari mula menyertai TASKA.

Anak-anak TASKA didedahkan sekurang-sekurangnya 3 aktiviti perkembangan setiap hari bagi memastikan perkembangan menyeluruh kanak-kanak yang optima.

Melaksanakan program-program Pembangunan Keluarga sebanyak 32 kali setahun.

Melaksanakan program Pembangunan Komuniti yang melibatkan warga emas, ibu tunggal dan pemimpin masyarakat sebanyak 32 kali setahun.

Kes-kes klien yang menerima bimbingan akan diselesaikan dalam tempoh 6 bulan.

Kelulusan dan bayaran pinjaman sebanyak RM 4 juta kepada peserta Program Jaya Diri (PJD) setahun.

Menyediakan penginapan di Desa Keluarga sekurang-kurangnya 500 unit setahun.

Pelatih Kelas Jahitan YPKT akan mengikuti Kursus Latihan Jabatan selama 6 bulan bagi 1 sesi.

Memastikan tahap kepuasan hati pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan mencapai 70%.

Sorotan Perkhidmatan

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,

Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.