Memantapkan Kualiti Hidup Berkeluarga

YPKT Catat Kejayaan dalam Anugerah SKPAK 2025

Kha, 12 Feb 2026

skpak

PUTRAJAYA, 12 Februari 2026 – Tiga buah Taska PERMATA Keluarga (TPK) kendalian Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) tersenarai dalam kalangan 40 TASKA yang menerima pengiktirafan sempena Majlis Anugerah Standard Kualiti Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SKPAK) 2025 di Dewan Serbaguna KPDNKK, Presint 2.

 

TASKA yang terlibat ialah TPK Paka, TPK Tok Randuk dan TPK Bukit Bayas, sekali gus mencerminkan komitmen YPKT dalam memastikan perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak dilaksanakan secara sistematik, berkualiti dan berimpak tinggi.

Majlis tersebut merupakan inisiatif Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan mengiktiraf kecemerlangan TASKA dalam pematuhan dan pelaksanaan piawaian SKPAK secara menyeluruh.

 

Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim.

Pengiktirafan ini diharap dapat memperkukuh usaha berterusan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan TASKA serta membentuk persekitaran pembelajaran awal kanak-kanak yang lebih selamat, kondusif dan berdaya saing.

Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) hadir mewakili Pengarah YPKT, bersama dua orang Panel Penilai SKPAK daripada YPKT bagi menyokong dan memantau pelaksanaan piawaian berkualiti dalam sektor ini.

 

#ypkt

#keluargabahagiahidupsejahtera

#TerengganuMajuBerkatSejahtera

Sorotan Perkhidmatan

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,

Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.